seismik

"Nasib Baik Sempat Tarik" - Ibu Sakan BerTikTok, Anak Selamba Sumbat Tombol Laci Ke Mulut

Besar pula tu tombolnya.

Cover image via @mizs_fiza88 (TikTok)

Kanak-kanak yang baru berusia satu hingga tiga tahun sememangnya suka memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut mereka

Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk mencuba apa jua jenis objek di sekeliling yang mereka tidak pernah nampak.

Tambahan pula, mereka tidak tahu bahawa objek tersebut boleh membahayakan diri mereka. Justeru, ibu bapa haruslah memantau dengan lebih kerap agar tidak terjadi perkara yang boleh memudaratkan anak.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita sakan bermain TikTok bersama anak-anaknya dan tersedar sesuatu berlaku di akhir video.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@mizs_fiza88

bila masa tahu ada dalam mulut dia..

bunyi asal - Cik fiza

Sakan main TikTok, anak kecil selamba masukkan tombol laci ke dalam mulut

Menerusi perkongsian video oleh Cik Fiza, dia ketika itu sedang asyik merakam miming TikTok bersama dua orang anaknya di dalam bilik.

Namun, di hujung video dia menyedari dia menyedari anak kecil yang berada di pangkuannya seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

Cuak apabila anak rupa-rupanya memasukkan tombol laci ke dalam mulut, Cik Fiza yang panik pantas menepis tangan si kecil dan cuba untuk mengorek tombol laci itu keluar dari mulut bayi itu.

"Tombol laci pun boleh dik, nasib baik mamy pantas" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 120.6K tontonan, 7.8K tanda suka serta 547 komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut merasa seriau apabila melihat anak Cik Fiza yang senyap-senyap memasukkan tombol laci itu ke dalam mulutnya dan memuji tindakan si ibu yang pantas menyedari akan kejadian tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh nasib baik ibu dia cepat perasan ya, kalau tertelan benda tu bahaya dik oi :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: