“Ada Masalah Ke?” - Yaya Selamba Balas Komen Netizen Tanya Kenapa Makan Lemon Masam. Lucu!
Pandai ya menjawab!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak mengenali Yaya, budak perempuan comel yang popular di laman TikTok bukan?
Kepetahannya bercakap dalam loghat Kedah sejak berumur dua tahun telah berjaya mencuit hati orang ramai sehingga ada yang setia menjadi pengikutnya di laman sosial.
Baru-baru ini, Yaya viral sekali lagi apabila rakamannya ketika membuat live bersama si ayah telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan makan lemon ayah suap, spontan jawab soalan netizen
Menerusi perkongsian video daripada @nrykaa_, kelihatan Yaya sedang melayan peminat-peminatnya di live TikTok bersama si ayah.
Sambil itu, dia dilihat seronok menghisap sekeping buah lemon yang disuap oleh ayahnya tanpa menunjukkan reaksi muka menahan masam.
Perkara itu membuatkan netizen bertanya di ruangan komen sama ada Yaya rasa lemon itu masam atau tidak kerana dia begitu syok makan buah tersebut.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia spontan menjawab "tak masam lah, rasa sedap ja. ada masalah ke?". Ternyata, ramai yang tergelak selepas mendengar jawapan si cilik itu.
"Adui hahaha bestlah dapat anak macam ni, geram sungguh la" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 533.5K views, 62.9K likes dan 1.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah Yaya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!