seismik

[VIDEO] Saja Buat Suara Sengau, Cara Wanita Ini ‘Ajar’ Scammer Bikin Ramai Tak Kering Gusi

Auto taubat scammer tu.

Cover image via @nurelyn32 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sedia maklum, zaman kini sudah banyak berlakunya kes orang ditipu oleh scammer

Ada yang menyamar menjadi pihak bank, insurans, dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya mempunyai syarikat yang memang mengambil pekerja untuk menjadi scammer supaya dapat mengambil duit orang.

Jika mudah terpedaya, memang habislah duit kita. Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang wanita mengenakan scammer telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pura-pura buat suara sengau saja kenakan scammer balik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurelyn32, kelihatan wanita itu dihubungi oleh geng scammer yang kononnya menyamar jadi pihak bank.

Mungkin sudah terbiasa mendapat panggilan seperti itu, wanita itu selamba bertindak membuat suara sengau sambil berborak dengan scammer tersebut sehingga dia tidak faham apa yang dikatakan olehnya.

Pada hujung video, wanita itu meneruskan lagi perbualan sehingga scammer berkenaan meletakkan telefon setelah cubaan untuk menipu tidak berjaya.

"Tak, sekarang ni macam mana akak tu boleh serious cakap macam tu? Kalau aku dah berdekah dah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.2M tontonan, 178.9K tanda suka serta 2.6K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan puas hati dengan cara wanita itu 'mengajar' scammer tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Padan muka scammer tu. Dia ingat dia pandai, sekali ada orang lagi pandai dari dia! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: