seismik

Marshall Motor Terlajak Lalu Jalan Lain, Reaksi Geng Lumba Basikal Undang Perhatian Ramai

Adoi tak pasal-pasal kena patah balik.

Cover image via @muaz_jerrr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda sering melihat perlumbaan basikal, sudah tentu anda tahu fungsi marshall di jalan raya bukan?

Marshall berfungsi sebagai penunjuk arah dan mengiring pelumba-pelumba basikal supaya mereka melalui jalan yang betul.

Namun, baru-baru ini tular sebuah klip berdurasi 31 saat memaparkan para pelumba basikal melalui jalan yang salah gara-gara marshall telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Marshall tersalah jalan, tak pasal-pasal ramai terlajak ke depan

Menerusi perkongsian video daripada @muaz_jerrr, kelihatan para pelumba basikal itu sedang berlumba di sebuah jalan raya sambil diiringi pihak marshall yang bertugas.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pihak marshall yang mendahului di depan telah melalui jalan yang salah dan hanya disedari beberapa saat kemudian.

Malah, para pelumba yang turut mengikuti marshall itu dilihat bergegas untuk patah balik ke jalan yang betul setelah menyedari kesilapan yang berlaku. Ada juga yang dilihat terjatuh ketika sedang membuat pusingan.

"Mesti yang jatuh tu cakap last dia percayakan orang. Lepas ni buat kepala sendiri je haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 110.2K likes dan 643 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti pelumba yang belakang seronok sebab dah nampak awal-awal member dekat depan salah jalan. Ada chance nak menang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: