seismik

[VIDEO] Geng Basikal Ini Tersangkut Hujan Lebat Di Bukit, Tapi Lain Pula Yang Jadi Tumpuan

Betul-betul buat hal ni!

Cover image via @nasrullahzakaria7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi mereka yang gemar berbasikal, sudah tentu akan turut serta kawan-kawan sekiranya mereka ingin ride di sesuatu tempat

Kadangkala cuaca yang tidak menentu akan mengganggu sesi berbasikal itu. Tambahan pula jika melalui jalan yang curam dan berbukit tinggi.

Namun, lain pula yang jadi di dalam sebuah video viral ini apabila sekumpulan geng lelaki tersangkut di dalam hujan ketika sedang berbasikal mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Seronok main hujan sampai berenang dalam air deras

Menerusi perkongsian video daripada @nasrullahzakaria7, kelihatan geng lelaki itu sedang berbasikal di sebuah kawasan bukit yang curam.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan lebat di kawasan itu sehingga membuatkan mereka tidak dapat meneruskan aktiviti berbasikal.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan dan mengundang tawa ramai adalah gelagat salah seorang geng itu yang seronok bermain hujan. Dia dilihat seperti sedang berenang di aliran air hujan yang deras seperti seorang atlet.

"Yang depan tu tak puas main basikal berenang pulak hahaha. Dalam ramai-ramai member, mesti ada satu yang masuk air" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang sehingga kini telah meraih 374.5K tontonan, 41K tanda suka dan 1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok sangat main hujan tu, mesti dia feeling-feeling mandi dekat sungai kan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: