seismik

[VIDEO] Gelagat Pekerja McD Menari Hiburkan Anak Customer Dalam Kereta Ini Curi Tumpuan

"Kasi viral geng, another one untuk dijejak selepas abang helmet" - Warganet.

Cover image via @asteroid.j (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memandangkan semua restoran masih tidak membenarkan pelanggan untuk dine in, kita digalakkan untuk menunggu makanan hanya di dalam kereta

Terutamanya bagi restoran makanan segera yang memerlukan pekerja mereka menghantar pesanan makanan terus kepada kereta pelanggan.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video pekerja McDonald's menghiburkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menari di dalam kereta menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@asteroid.j

bagus service mcm ni . hahahha .

original sound - asteroidJ

Ternampak anak customer menari dalam kereta, spontan terus join sekali

Menerusi perkongsian video daripada @asteroid.j dengan kapsyen 'bagus service macam ni', kelihatan anaknya sedang lincah menari di dalam kereta sementara mereka menunggu makanan sampai.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila pekerja McD yang ditugaskan untuk menghantar pesanan itu bertindak turut ikut serta menari dengan lincah mengikut beat gara-gara terdengar lagu di dalam kereta itu.

Secara tak langsung, dia berjaya menghiburkan kanak-kanak perempuan itu dan ibunya dilihat ketawa besar kerana terhibur dengan gelagat pekerja McD berkenaan.

"Perempuan Malaysia tak cari yang good looking tau, diorang cari yang pandai menghibur kelakar. Siap kau bang budak-budak ni cari nanti haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 675.8K tontonan, 81.5K tanda suka dan 1.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat tarian spontan pekerja McD itu.

Malah, ramai yang mengusiknya untuk bersiap sedia apabila dicari oleh seluruh netizen Malaysia jika video itu tersebar dan viral seperti mamat hitam manis tempoh hari.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Haa, alang-alang dah viral ni tunggu apa lagi? Mulakan misi mencari abang McD sekarang! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: