seismik

Sakan Unboxing Album BTS RM800, Tapi Reaksi Ibu Bapa Gadis Ini Pula Bikin Warganet Dekah

Bagusnya dia siap baca Bismillahirrahmanirrahim. Respect!

Cover image via @kayshta (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi peminat kumpulan artis K-Pop, nama BTS sudah pasti tidak asing lagi dalam list anda bukan?

Baik dari golongan remaja mahu pun kanak-kanak, BTS sememangnya menjadi kegilaan ramai kerana ahli kumpulannya tampan serta memiliki suara yang sedap.

Malah, mereka sanggup berhabis duit untuk membeli koleksi album kumpulan itu walaupun harganya hampir mencecah ribuan ringgit.

Namun, lain pula dengan sebuah video viral di TikTok ini apabila reaksi ibu bapa gadis India yang melihat anaknya seronok membuka album BTS baru dibelinya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ajak ibu dan ayah teman buat video unboxing album BTS berharga RM800

Menerusi perkongsian video daripada @kayshta, kelihatan dia sangat teruja membuka parcel album terbaru BTS yang ditempahnya secara online.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia sempat mengajak ibu dan ayahnya untuk turut serta di dalam video unboxing tersebut. Namun, reaksi spontan mereka berdua berjaya membuatkan ramai berdekah.

Lebih melucukan lagi apabila mereka mendapat tahu harga album BTS itu bernilai RM800. Akan tetapi, dia memberitahu harga berkenaan sebenarnya termasuk enam album lain yang dibeli bersama kawan-kawannya.

"If it's my parents, they would chase me with the penyapu hahaha. I respect you cause you didn't lie about the price" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 725.8K tontonan, 112.3K tanda suka dan 2.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat ibu bapa gadis berkenaan.

Malah, ramai yang terkejut selepas mengetahui harga album itu dan memujinya kerana siap membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum membuka kotak album tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sukanya tengok reaksi family dia. Sempoi je! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: