seismik

[VIDEO] Sporting Menari Dengan Anak, Gelagat Pak Cik Ini Buat Ramai Rindu Ayah

Pak cik ni mesti penari kan dulu?

Cover image via @hannymaru1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, kebanyakan anak perempuan sememangnya lebih rapat dengan ayah sejak kecil

Tambahan pula jika memiliki ayah yang bersikap sporting dan sentiasa melayan apa yang anak mahukan, sudah tentu hubungan itu akan menjadi lebih akrab bukan?

Sama seperti sebuah video yang viral di TikTok ini apabila seorang gadis memuat naik rakaman tariannya bersama si ayah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah sempoi je layan anak menari lagu Ayam Didik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hannymaru1 dengan kapsyen "ada yang rindu ayah ke tu?", kelihatan dia dan ayahnya menari lagu Melayu yang sedang trending di TikTok iaitu Ayam Didik.

Apa yang menarik perhatian adalah ayahnya dilihat tidak kekok untuk menari dan seolah-olah sudah menghafal step tarian lagu tersebut.

Bukan itu saja, gelagatnya yang siap membuat ekspresi muka lawak dan sentiasa tersenyum sepanjang video itu membuatkan ramai menginspirasikan hubungan mereka anak beranak.

"Comel la ayah dia, rindu kat papa kita. Lama tak balik kampung" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.9M views, 228.6K likes dan 8.8K shares di laman TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat tarian dua beranak itu dan memuji sikap ayah gadis berkenaan yang sangat sporting.

Malah, ada yang meluahkan rasa rindu terhadap ayah mereka yang jauh dan sudah meninggal dunia.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je dua beranak ni, sempoilah pak cik! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: