Adik Sakan 'Jamming' Lagu Dalam Kereta Dengan Ayah, Tapi Reaksi Si Kakak Pula Curi Tumpuan
Muka dia macam lost. Lawak!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, anak lelaki lebih mudah rapat dengan ibu dan begitu juga sebaliknya kepada anak perempuan
Tetapi, ada juga anak-anak yang akan cari ayah untuk mereka membuat aktiviti bersama-sama seperti menyanyi dan menari. Tambahan pula jika si ayah pandai melayan kerenah anak dan bersikap sporting, mesti mereka lagi seronok.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang jamming lagu bersama ayahnya menarik perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Adik syok layan lagu dengan ayah, tapi muka kakak pula macam lost
Menerusi perkongsian video daripada @enkyboys, kelihatan mereka tiga beranak sedang berada di dalam kereta seperti menunggu si ibu.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si ayah dan anak lelakinya dilihat begitu sakan melayan lagu-lagu English yang legend satu ketika dulu. Mereka siap menari dan menyanyi bersama-sama membuatkan telatah comel kanak-kanak lelaki itu mendapat perhatian netizen.
Tetapi, lebih melucukan adalah reaksi kakak kepada kanak-kanak lelaki itu yang duduk di belakang seolah-olah tidak memahami apa yang sedang berlaku di dalam kereta tersebut.
Dia dilihat membuat mimik muka pelik sepanjang video seperti sedang lost kerana tidak dapat turut serta sesi jamming adik dan ayahnya.
Video berkenaan viral sehingga meraih 8.4M views, 1.6M likes dan 54.7K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel dua beranak itu yang syok menari dan menyanyi bersama. Tidak terkecuali dengan reaksi lucu si kakak juga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: