seismik

"Siap Bawa Geng" - Gelagat Sekumpulan Gadis Kena Kejar Angsa Ini Menghiburkan Netizen

Mana tak lari lintang pukang, satu kampung dia bawa oi!

Cover image via @owlkur__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak pernah alami insiden lucu bersama kawan-kawan bukan?

Tambahan pula semasa zaman belajar, sudah pasti banyak kenangan lucu yang anda ingat sampai sekarang.

Sama seperti sebuah video viral ini apabila sekumpulan gadis dikejar angsa semasa mereka berjalan di kawan kolej mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@owlkur__

salah aku itu apa miska btw cuba lah teka uitm mana hihi ‍ ##fyp ##foryou ##uitm ##sembreak

original sound - bilis terbang

Tengah syok jalan ramai-ramai, sekali kena kejar dengan sekumpulan angsa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @owlkur__, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang bersiar-siar di kawasan ladang kolej mereka iaitu UiTM Arau, Perlis.

Namun, apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila mereka tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan angsa yang berlegar-legar di situ.

Lebih melucukan lagi, mereka membuka langkah dan lari bertempiaran setelah angsa-angsa tersebut seperti ingin mengejar mereka.

Tetapi, rupa-rupanya geng angsa itu memasuki ke ladang mereka dan membuatkan sekumpulan gadis berkenaan merasa tertipu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@owlkur__

Reply to @flower.life29 sikit pon takdak rasa bersalah eh hm ‍ ##foryou ##fyp ##uitm ##sembreak ##uitmfc ##capcut

original sound - bilis terbang

"Mana satu yang angsa ni, hahaha satu kampung beb dia bawak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 560.5K views, 93.1K likes serta 1.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur gelihat gelagat gadis-gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawak! Siapa lagi dekat sini pernah main kejar-kejar dengan cik angsa? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: