seismik

[VIDEO] Member Gelak Dulu Baru Tolong, Gadis Tersangkut Tudung Dekat Pagar Ini Undang Tawa

Macam manalah boleh tersangkut tu? Lawak betullah!

Cover image via @amzxzuxe (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang kata, kawan sejati adalah mereka yang akan gelakkan kita apabila sesuatu benda lucu terjadi sebelum menolong kita

Bukan apa, insiden seperti itu mungkin menyakitkan hati kita, tetapi itulah kenangan manis yang kita akan simpan sampai bila-bila.

Sama seperti sebuah video viral baru-baru ini apabila gelagat seorang gadis mentertawakan kawannya yang tersangkut tudung di pagar besi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amzxzuxe

nak part 2 tak hahahahah cc @deen.dot

original sound - zizanrazak869

Tudung tersangkut dekat pagar, member pula tak tahan gelak

Menerusi video yang dikongsi oleh @amzxzuxe, kelihatan dia dan kawannya dalam perjalanan ingin menuju ke satu tempat.

Namun, entah bagaimana kawannya itu tiba-tiba dilihat tidak boleh bergerak kerana tudungnya tersangkut di cangkuk pagar besi.

Apa yang lebih menghiburkan adalah gadis tersebut sempat mentertawakan kawannya dulu sebelum dia bertindak menolong menarik tudung yang tersangkut itu.

"Hahahaha kalau aku pun gelak dulu baru tolong, ni baru betul sahabat sejati" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 349.1K tontonan, 21.6K tanda suka dan 1.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat mereka berdua.

Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana tudung kawan gadis itu boleh tersangkut dan ada yang berseloroh mungkin mereka ponteng kelas.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, macam-macam hal lah. Apa funny moment korang dengan kawan? Cuba share :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: