seismik

"Sayang Bini Bukan Takut Bini" - Video Lelaki Ini Bidas Komen Warganet Raih Tumpuan

Setuju dengan abang ni.

Cover image via @faezzmubin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kehidupan berumah tangga, sikap toleransi antara suami dan isteri haruslah dititikberatkan

Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan melakukan tugasan kerja rumah. Mungkin ada sesetengah kaum lelaki di luar sana memikirkan kesemua kerja rumah adalah tugas sang isteri.

Namun, tular baru-baru ini video seorang lelaki di TikTok yang membidas komen warganet mengatakan dia takut bini mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@faezzmubin

Reply to @ranger7707ford sayang bini, bukan takut bini..

original sound - _

Ramai orang lelaki salah faham, kerja rumah sebenarnya tugas suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faezzmubin, kelihatan dia sedang menyidai pakaian di rumahnya.

Isteri lelaki berkenaan kemudian memberitahu kepadanya mengenai salah satu komen warganet yang sengaja mencari pasal berkata lelaki itu takut bini. Dia kemudian spontan membalas komen tersebut dan sempat memberikan ayat pedas buatnya. 

"Aku sayang bini sebab tu aku tolong bini aku jemur baju. Sebab tu ramai orang sekarang ni, dia salah paham tau. Lagi-lagi orang lelaki"

"Dia ingat bila dah kahwin, ni kerja rumah kerja apa semua bini kena buat. Diorang silap, sebenarnya kerja rumah ni kerja orang lelaki, bukan kerja bini"

"Kerja bini layan suami. Korang orang lelaki belum kahwim, kena tau benda ni tau. Bukan kerja bini korang, dengar? Yang komen tu pulak, kau ada bini ke takda bini?" katanya.

"Nabi pun ajar suruh tolong isteri, jangan tahu kahwin je tapi tak tahu tanggungjawab. Savage bang saya salute!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 693.9K views, 96.2K likes dan 15.3K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut memberikan pendapat mereka masing-masing dan ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Orang lelaki, take note tau! Yang penting kena bertolak ansur. Kalau isteri dah buat kerja rumah, suami kenalah tolong buat benda lain :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: