seismik

Lelaki 'Let Go' Baju Nikah Pada Member Sebab Tunang Curang, Ramai Pula Doa Mereka Berjodoh

"Maybe awaklah jodoh dia" - Warganet.

Cover image via @khaleeda_nasuha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Untuk memastikan sesebuah hubungan itu kekal lama, kedua-dua belah pihak haruslah bersikap jujur dan setia antara satu sama lain

Tambahan pula jika sudah memasuki fasa pertunangan yang sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran, bakal pengantin perlulah sama-sama kuat dan berusaha untuk mendirikan masjid.

Namun, jika sudah tertulis si dia bukan jodoh kita, pasti akan terputus juga di tengah jalan walaupun sudah cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang lelaki bertindak memberikan baju nikah tunangnya yang curang kepada kawan baiknya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Batalkan perkahwinan lepas dapat tahu tunang curang, terpaksa let go baju nikah dekat member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaleeda_nasuha, kelihatan dia menerima kedatangan kawan lelakinya itu sehari sebelum hari pernikahannya.

Apa yang membuatkan gadis itu terkejut, kawannya tiba-tiba menyerahkan sepasang baju nikah perempuan yang sepatutnya dipakai oleh bakal isterinya.

Rupa-rupanya, bakal isteri lelaki tersebut telah curang dan dia yang masih bersedih tidak tahu nak buat apa dengan busana nikah itu. Lantas, dia terfikir untuk memberikan kepada kawannya saja.

"Last-last baju pengantin bakal isteri dia jadi baju raya aku," kata gadis itu.

"Selepas tunang dia, awaklah perempuan paling dekat di hati dia. Kalau ada jodoh, semoga disatukan" - Warganet

Ekoran tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.2M views, 157.2K likes dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut merasa simpati terhadap lelaki itu.

Namun, ramai pula yang mendoakan supaya dia berjodoh dengan kawan baiknya kerana alang-alang sudah memberikan baju nikah tersebut kepada pengganti bakal isterinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik dapat tahu tunang curang sebelum kahwin, ada hikmah tu bro. Jangan sedih-sedih ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: