[VIDEO] Gadis Tak Sangka Belum Sempat Bagi Cucu, Ibu Dah Buat Kejutan Hamil Adik Baru Dulu
Rezeki dia nak dapat adik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, wanita yang sudah memasuki umur 40 ke atas tidak disarankan untuk hamil atas beberapa faktor
Akan tetapi, siapalah kita untuk menolak takdir yang sudah tertulis bukan? Jika memang sudah rezeki, kita perlulah bersyukur dan menjaga amanah Allah SWT dengan baik.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang gadis berumur 24 tahun berkongsi berita ibunya hamil adik baru telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Belum sempat bagi cucu, sekali dapat tahu ibu hamil adik baru
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lycheemeraaah, kelihatan gadis tersebut berkongsi berita gembira dan kejutan yang baru saja diterimanya iaitu apabila ibunya disahkan berbadan dua.
Gadis itu sempat menunjukkan keputusan alat penguji kehamilan milik ibunya yang terdapat dua garisan dan juga rakaman dia menemani si ibu melakukan check up di klinik.
"Belum sempat bagi cucu kat mama, dia dah bagi adik baru kat kita pulak," katanya.
"Abang ipar aku umur 28 pun alami situasi sama macam ni. Lambat sangat bagi cucu, mak bagi adik dulu haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 613.5K views, 31.7K likes dan 244 shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Malah, ramai juga berkongsi situasi sama seperti gadis itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!