Gelagat Budak Perempuan Nyanyi Lagu 'Kelentang Kelentong' Buat Netizen Geram. Comel Gila!
Cute je suara dia tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, banyak lagu-lagu yang viral mudah diikuti oleh kanak-kanak kerana bait liriknya yang senang untuk dihafal
Rentak lagu yang rancak juga dapat menarik minat mereka untuk mengulangi lagu sama hampir setiap hari.
Kadangkala, mereka lagi tahu apa lagu terbaru berbanding kita yang dah dewasa ini. Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang budak perempuan menyanyi lagu 'Kelentang Kelentong' telah membuatkan ramai geram.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan main lagi nyanyi lagu Hael Husaini dengan ayah, siap hafal lirik
Menerusi perkongsian video daripada @malinhishamuddin, kelihatan anak perempuannya itu sedang mendengar lagu Kelentang Kelentong nyanyian penyanyi popular Hael Husaini.
Budak comel itu yang dilihat sakan menyanyi lagu tersebut bersama ayahnya sambil menganggukkan kepala telah membuatkan si ibu geram.
Malah, dia siap menghafal lirik chorus lagu itu dan pandai mengikut melodi tanpa ada salah sedikit pun. Si kecil itu sempat tersengih semasa sedang menyanyi.
"Aku rasa budak-budak memang suka lagu ni lah. Jiran aku budak kecik nyanyi lagu ni ulang-ulang haha. She's just adorable" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1M tontonan, 167K tanda suka serta 3.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan geram melihat kecomelan budak perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!