seismik

"Sampai Kembung Pipi" - Gelagat Budak Lelaki Makan Angin Atas Motor Ini Buat Ramai Ketawa

Apa rasa angin tu dik?

Cover image via @herdy2796 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kanak-kanak lelaki lebih banyak akal dan suka membuat perangai tidak terjangka berbanding kanak-kanak perempuan

Malah, telatah mereka sememangnya melucukan dan dapat menghiburkan sesiapa saja termasuklah orang awam.

Seperti sebuah video ini yang tular di Indonesia apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat syok 'makan angin' atas motor telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan tengah buat apa, rupa-rupanya syok tangkap angin

Menerusi perkongsian video daripada @herdy2796, kelihatan kanak-kanak itu yang sedang berhenti di lampu trafik sedang menangkap sesuatu.

Gelagatnya itu dirakam oleh lelaki yang kebetulan berhenti di belakang motor mereka. Apa yang menghiburkan adalah rupa-rupanya dia sedang menangkap angin dan memakannya.

Malah, dia siap membuat pipi kembung seolah-olah angin yang masuk ke dalam mulutnya itu benar-benar wujud.

"Dia bukan tangkap angin dan makan angin. Tapi dia nak makan kenderaan yang lalu tu, haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 3.7M tontonan, 267.4K tanda suka serta 5.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apalah dik, walaupun angin tu invisible janji awak bahagia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik