seismik

Pemuda Ini Terpanggil ‘Sayang’ Dalam Kelas Online, Ustaz Pula Selamba Bahan Balik

Nasib baik dapat ustaz yang sporting.

Cover image via @dzafri_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kelas secara online masih dijalankan seperti biasa bagi pelajar di kolej dan universiti

Walaupun hanya belajar daripada rumah saja, kadangkala fokus kita akan terganggu dengan suasana sekeliling. Perkara itu sekali gus akan membuatkan kita malu jika terkantoi melakukan benda lain di depan pensyarah.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila dia terpanggil 'sayang' semasa dalam kelas online bersama ustaznya telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kelas dah nak habis, sekali terpanggil 'sayang' kuat-kuat sampai ustaz pun layan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dzafri_, kelihatan pemuda itu sedang berada di dalam kelas online agama bersama seorang ustaz yang merupakan pensyarahnya.

Memandangkan kelas itu hampir berakhir, ustaz tersebut bertanya kepada semua pelajar jika terdapat apa-apa soalan yang ingin ditanya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila pemuda itu tiba-tiba terpanggil 'sayang' sehingga satu kelas dengar termasuklah ustaznya.

Perkara itu telah membuatkan kawan-kawannya gelak sakan dan sebaik saja dia cepat-cepat ingin membetulkan ayatnya semula, si ustaz pula melayan dan berkata "haa, sayang!".

"Ni mesti tengah text awek, haha auto menganjing ustaz tu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M tontonan, 288.7K tanda suka serta 10.2K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi spontan ustaz itu yang tidak marah, malah melayankan saja kerenah pelajarnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak pasal-pasal kena tahan malu oi. Ustaz pun sempoi je layan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022