Mak Ayah Pasang Lampu Lip Lap Meriah Macam i-City, Rumah Wanita Ini Dapat Perhatian Ramai
Barulah ada feel nak raya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak lama lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sudah pastinya ramai yang mula menghias rumah dengan memasang pelita dan lampu lip lap bukan? Barulah meriah raya tahun ini.
Iyalah, dah dua tahun kita tidak merasa suasana raya yang sebenarnya. Mestilah rindu nak berkumpul dengan adik-beradik macam dulu-dulu bukan?
Tidak terkecuali dengan sebuah video tular ini apabila rumah seorang wanita telah mendapat perhatian ramai gara-gara mak dan ayahnya memasang lampu lip lap persis di i-City Shah Alam.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap ada bentuk KLCC, rumah meriah dengan lampu lip lap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ibusafaaa_, kelihatan dia merakam suasana di rumahnya pada waktu petang dan malam.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila rumahnya dipenuhi dengan lampu lip lap dengan pelbagai bentuk.
Ada bentuk Menara Kuala Lumpur, Menara KLCC, kereta, basikal, wau, kapal terbang dan macam-macam lagi. Malah, sekali pandang ia kelihatan seperti di i-City Shah Alam.
Menurutya, semua lampu itu dipasang oleh ibu dan ayahnya. Mungkin mereka menghias rumah dengan lampu tersebut sebagai persiapan malam raya nanti.
"Meriahnya, ni kalau kumpul dengan family ramai-ramai kat luar rumah malam raya syoknya!" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 358.1K views, 50.7K likes dan 2.1K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terpegun melihat rumah wanita itu yang ceria dengan lampu lip lap dan berwarna-warni.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!