"Alamak, Pening!" - Adik Menangis Terbabas Time Sahur, Siap Suruh Family Makan Lagi Sekali
Ah sudah, parah ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti pelbagai ragam kanak-kanak yang kita dapat lihat di media sosial
Tambahan lagi bagi mereka yang pertama kali berpuasa, kebiasaannya sahur merupakan waktu yang paling mencabar untuk mereka kerana harus bangun awal pagi.
Kadangkala, ada yang masih mamai walaupun sedang makan bersama keluarga akibat terlalu mengantuk dan tidak boleh buka mata.
Namun, berbeza pula dengan ciapan yang tular di Twitter baru-baru ini apabila ragam seorang kanak-kanak lelaki menangis gara-gara terlepas waktu sahur mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:
Menangis sebab terbabas waktu sahur, tak pasal-pasal family kena berlakon azan belum habis
Menerusi ciapan daripada @theghrack, dia berkongi situasi adik lelakinya pada hari pertama puasa yang dikatakan menangis akibat terlepas waktu sahur.
Dia memuat naik sekeping foto adiknya itu yang dilihat menangis kerana terlambat bangun. Apa yang menghiburkan adalah apabila kanak-kanak lelaki itu meminta sesuatu yang membuatkan keluarganya naik pening.
"Adik i tetiba bangun menangis teresak nak sahur padahal tadi dah kejutkan sahur dia yg taknak bangun. So kitorang terpaksalah berlakon belum azan lagi so still boleh sahur"
"Masalah skrg dia nak kitorang sahur dgn dia ramai ramai dekat meja makan. Takkan nak berlakon makan kot," katanya.
"Ala makan jela lepas habis makan cakap itu lakonan je, so puasa still valid" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah berjaya meraih 4.7K retweets, 10.6K likes dan 139 quote tweets di Twitter.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dan kerenah kanak-kanak lelaki itu. Malah, ada yang sempat bergurau menyuruh keluarganya makan sekali lagi dan pura-pura masih berpuasa sebab nak jaga hati si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter: