seismik

Tular Video Gadis Ini Saja Makan Depan 'Abang' Masa Ramadan, Tak Pasal-Pasal Kena Sepak

Yang ada adik beradik lelaki mesti boleh relate kan?

Cover image via @rukibizarre (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti kita dapat lihat pelbagai jenis video menarik di media sosial bukan?

Antaranya adalah video tarian lagu raya, menu-menu baru seperti kuih dan juadah berbuka serta tutorial tudung dan make up raya.

Tetapi, berbeza pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi situasi yang sering terjadi apabila dia datang haid dan sengaja menduga kesabaran abangnya yang sedang berpuasa.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@rukibizarre

Nom nom nom Are you excited for Ramadan?

original sound - zup

Saja makan depan abang siap buat bunyi kunyah, sekali tak pasal-pasal kena sepak

Menerusi perkongsian video daripada Ruki Bizarre, kelihatan dia melakonkan semula babak yang sering terjadi dalam kalangan adik-beradik setiap kali bulan Ramadan.

Dia sengaja makan keropok di depan abangnya dengan membuat bunyi mengunyah yang kuat serta menunjukkan reaksi muka nakal.

Si abang yang tidak tahan melihat adiknya makan akhirnya bertindak menyepak muka si adik yang sengaja mencari pasal.

Situasi itu sering terjadi antara mereka yang mempunyai adik-beradik lelaki dan perempuan. Oleh itu, ramai warganet terhibur melihat lakonan gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sehingga 14.8M views, 3M likes dan 68.6K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video itu dan ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Macam mana tak geram, siap buat muka tu. Lawak betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: