seismik

[VIDEO] Disuruh Jadi Pramugari Arab & Korea, Lakonan Gadis Ini Bikin Netizen Gelak Sakan

Terhibur tengok yang Arab version tu!

Cover image via @miaazahar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan lagi, aplikasi TikTok sememangnya boleh menghilangkan stress dan menghiburkan hari-hari kita setelah penat seharian bekerja

Hal ini kerana ramai yang pandai menggunakan TikTok sebagai medium untuk mereka menunjukkan bakat lakonan, menari, melukis, dan macam-macam lagi.

Malah, kebanyakan lawak mereka juga sangat spontan dan tidak dibuat-buat menjadikan mereka lebih dikenali ramai.

Sama juga seperti seorang TikTok famous ini apabila tular videonya berlakon menjadi pramugari Arab dan Korea berjaya mencuit hati netizen.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Spontan berlakon jadi pramugari, ramai berdekah dari awal sampai habis

Menerusi video perkongsian daripada @miaazahar, pada mulanya dia diminta oleh followernya untuk berlakon menjadi watak pramugari versi Arab.

Lakonannya yang kelakar dan mengeluarkan ayat-ayat spontan automatik membuatkan ramai terhibur sehingga ada yang memintanya menjadi pramugari Korea, Jepun, Indonesia, Afrika dan macam-macam negara lagi.

Gadis yang dikenali sebagai Mia itu pun melayankan saja permintaan netizen dan tampil berlakon menjadi pramugari Korea pula.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@miaazahar

Reply to @kaisah84 hambar la sebab taktahu sangat bahasa korea

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

"Wajib Qalqalah ya geng, limited pramugari macam ni. Dia punya lawak memang tak dibuat-buat haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 780.7K views, 111.4K likes, dan 2.1K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan spontan Mia.

Lebih-lebih lagi apabila dia menyanyikan lagu Arab popular di Malaysia satu ketika dulu iaitu Wassini yang dinyanyikan oleh Waheeda.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya bahasa Arab tu memang win, menjadi betul! Berdekah tengok :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: