seismik

"First Day Sekolah Dah Buat Hal" - Gadis Ini Nangis Pukul Helmet Sebab Tak Boleh Cabut

Lawak weh!

Cover image via @affiqaz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi mereka yang bertudung, pasti sering menghadapi masalah setiap kali nak pakai dan buka helmet bukan?

Tambahan lagi jika sanggul di kepala pula besar dan pada masa yang sama tidak mahu merosakkan tudung semasa membuka helmet. So complicated!

Namun, berbeza pula dengan situasi gadis ini apabila videonya tular memukul helmet gara-gara tidak boleh cabut mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@affiqaz

first day sekolah dah buat hal HAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAAHA ##foryoupage

original sound - goddess of ass - babyboo

Stress helmet tak boleh buka, abang pula gelak dulu baru nak tolong

Menerusi perkongsian video daripada @affiqaz, kelihatan adiknya yang baru pulang dari sekolah mencuba sedaya upaya untuk membuka helmet di kepalanya.

Tetapi, apa yang menimbulkan dekah ramai adalah apabila helmet itu masih melekat di kepala adiknya dan susah dicabut sehingga gadis itu bertindak memukul helmet tersebut.

Si abang yang sedang merakam aksi adiknya tidak mampu menahan gelak dan hanya berdekah membiarkan gadis itu terpusing-pusing membuka helmet.

"Hahaha gelak dulu baru tolong, that's me. Sumpah terhibur!" - Netizen

Video itu tular sejak semalam sehingga meraih hampir 1 juta tontonan, 134.3K tanda suka dan 3.8K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang hampir menangis dan gelak tawa abangnya kerana ramai yang dapat relate selalunya abang-abang memang begitu, jenis suka gelakkan dulu baru tolong.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Abang dia punya gelak memang jahat tau, adik dia nak naik gila dah tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: