seismik

Lelaki Ini 'Berlakon' Cara Orang Biasa & Ayah-Ayah Bersin. Ramai Pula Yang Boleh Relate!

Satu taman boleh dengar.

Cover image via @yeopscamander (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut je pasal bersin, ianya merupakan salah satu kepuasan untuk kita jika dapat melepaskannya. Betul tak?

Tambahan pula jika sedang mengalami demam dan selesema, bersin dapat membantu untuk membuang bakteria di dalam badan kita.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang lelaki melakonkan semula cara orang biasa bersin dan ayah-ayah bersin sehingga mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yeopscamander

Dad dad sneezing is another level ##fyp

original sound - Amirul Faris

Bila ayah-ayah bersin, automatik bergema satu rumah

Menerusi video berdurasi hanya 9 saat yang dimuat naik oleh Amirul Faris dengan kapsyen "dad dad sneezing is another level", dia melakonkan semula bagaimana cara orang biasa dan ayah-ayah bersin.

Apa yang mencuri perhatian warganet adalah apabila dia melakonkan cara ayah-ayah bersin, ramai yang dapat relate kerana bunyi bersin mereka sememangnya sangat kuat dan bergema.

Malah, kadangkala bunyi bersin ayah-ayah ini terlalu kuat sehingga jiran depan rumah pun boleh dengar. Itulah realitinya, tak percaya? Cuba tengok balik macam mana ayah korang bersin dekat rumah.

"Let me explain, bersin kuat = kepuasan" - Warganet

Sehinga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 149.7K tontonan, 22K tanda suka serta 934 perkongsian di laman TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan Amirul kerana kebanyakan ayah mereka juga bersin seperti itu. Malah, ada yang sampai ditanya oleh jiran "bapak kamu ke yang bersin tu?".

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Jadi, korang setuju ke tak ayah korang pun bersin kuat macam tu? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: