seismik

Lepas 8 Kali Tunda Majlis Nikah, Si Suami Hadiahkan ‘Kereta Mewah’ Buat Isteri. Sweet!

Beruntungnya tuan punya badan.

Cover image via @sheilanannn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, ramai pasangan pengantin terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan beberapa kali akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara ini sejak tahun lalu

Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi kerana majlis perkahwinan melibatkan banyak pihak, justeru kesabaran adalah penting bagi setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Tidak terkecuali dengan sebuah posting di laman TikTok baru-baru ini apabila sepasang pengantin baru meraih perhatian ramai apabila si suami membuat kejutan kepada isterinya selepas akad nikah mereka.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

8 kali tunda majlis, suami buat surprise bagi kereta Mustang dekat isteri sempena hari jadi

Menerusi perkongsian video daripada @sheilanan, kelihatan pasangan mempelai itu sedang menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui oleh pengantin perempuan.

Dia yang dipimpin tangan oleh suaminya sambil ditutup mata hanya mengikut saja ke mana si suami ingin membawanya.

Sebaik saja mereka tiba di lokasi kejutan itu, kelihatan sebuah kereta Mustang dibalut dengan kain putih dan dihiasi riben serta belon dan ucapan 'Happy Birthday' di atasnya.

Sejurus suami wanita itu membuka ikatan pada matanya, dia dikejutkan dengan kereta mewah berwarna oren itu. Sebak dengan kejutan suaminya, wanita tersebut pantas mengalirkan air mata gembira.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih sehingga 3M views, 265.9K likes dan hampir 7K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut menumpang gembira selepas melihat kejutan sweet itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alhamdulillah, seronok tengok kebahagiaan orang lain. Semoga kekal hingga ke jannah ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: