seismik

[VIDEO] Gara-Gara Tertidur Lena Dalam Masjid, Member Terpaksa Pakat Buat 'Solat Jenazah'

"Kenangan yang takkan dilupakan" - Warganet.

Cover image via @ahmd3kal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hanya mereka yang pernah tinggal di asrama saja tahu macam mana bestnya ukhwah dengan kawan-kawan yang dianggap seperti keluarga sendiri

Macam-macam aktiviti seperti makan, belajar, pergi balik sekolah, dan tidur semua buat dengan kawan-kawan kerana merekalah yang paling dekat dengan kita setiap hari.

Senang cerita, kenangan duduk di asrama paling legend dan takkan sama dengan sekolah harian biasa. Setuju tak?

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki yang tertidur lena di masjid asramanya diprank oleh kawan-kawan sehingga membuatkan dia akhirnya terjaga.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tidur tak ingat dunia, bila kena 'solat jenazah' baru menggelupur nak bangun

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ahmad Haikal, kelihatan kawannya yang memakai baju Melayu biru sedang tidur lena di dalam masjid asrama mereka.

Oleh kerana sudah pelbagai cara yang dilakukan oleh kawan-kawan untuk mengejutnya bangun dari tidur tetapi masih tidak berkesan, akhirnya mereka berpakat ramai-ramai untuk membuat 'solat jenazah' kepadanya.

Sebaik saja terdengar laungan takbir kawan-kawan yang bergema satu masjid, remaja lelaki itu pantas bangun dan tersedar dia sudah diprank oleh mereka.

Mereka kemudian serentak ketawa kerana tidak sangka cara itu berjaya membuatkan dia terjaga dari tidur.

"Hahaha kawan paling real yang dok tepuk-tepuk lepas dia bangun tu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 1.2M views, 150.3K likes serta hampir 3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi remaja lelaki berkenaan.

Malah, ada yang berkata itulah antara kenangan yang sudah pastinya mereka semua takkan dapat lupakan apabila habis zaman sekolah nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kelakarlah, mungkin dia penat sangat tu. Cuba share apa pengalaman dekat asrama yang paling korang tak boleh lupa di ruangan komen :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: