seismik

Lelaki Ini Kantoi ‘Belek’ Muka Dekat Cermin Kereta Orang, Tapi Reaksinya Pula Curi Tumpuan

Aduh, malu habis!

Cover image via @lala_shl0818 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mesti ada di antara korang dekat sini yang pernah terkantoi belek muka atau rambut dekat cermin kereta orang bukan?

Mesti malu tak terhingga, tambahan pula kalau kita tengah syok sendiri depan cermin masa itu. Mana nak sorok muka?

Situasi itu juga dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila videonya viral di TikTok selepas kantoi membelek mukanya di cermin kereta orang.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@lala_shl0818

udah lah numpang bekaca di maki pulak lalgi untung ganteng.

original sound - user9170691764313 - Lala_SHL18

Baru nak belek muka, tiba-tiba orang dalam kereta turunkan cermin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lala_shl0818, kelihatan lelaki itu baru saja menundukkan sedikit badan untuk membelek mukanya di cermin kereta yang bertinted.

Namun, apa yang menghiburkan adalah baru saja beberapa saat tiba-tiba tuan kereta menurunkan cerminnya dan bertanya kepada lelaki itu "buat apa tu bang?".

Akibat malu dengan insiden itu, lelaki berkenaan spontan berkata "anjing, anjing" sebaik saja orang di dalam kereta dan juga teman wanitanya gelak.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M views, 43.6K likes dan 346 *shares di TikTok

Rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi spontan lelaki itu yang malu apabila terkantoi dia sedang membelek mukanya di cermin kereta orang. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Siapa lagi pernah malu teruk macam ni? Lawak betul reaksi dia bila kantoi tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: