seismik

[VIDEO] Murung Masuk Kelas Sebab Puasa, Cikgu Ajak Buat TikTok Terus Anak Murid Auto Segar

Sportinglah cikgu!

Cover image via @_adanial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi seorang guru bukan saja mengajar anak murid semata-mata, tetapi perlu juga mengambil hati mereka

Tambahan pula jika mengajar budak sekolah rendah, mereka perlukan hiburan supaya pembelajaran dapat berjalan dengan seronok.

Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang cikgu lelaki mengajak anak muridnya membuat TikTok telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_adanial

Masuk kelas terus tengok murung sebab puasa. Kita on kasi semangat sikit untuk anak2 semua

Pante Ting Ting - ZERZ'SOFTBOY

Kesian tengok murid penat puasa, cikgu ajak buat TikTok bagi naik semangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_adanial, kelihatan cikgu itu sedang berada di dalam kelas bersama anak-anak muridnya.

Jika dilihat, mereka mungkin berada di tahun satu atau dua kerana masih kecil. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila cikgu tersebut mengajak mereka menari TikTok bersama-sama.

"Masuk kelas terus tengok murung sebab puasa. Kita on kasi semangat sikit untuk anak-anak semua," katanya.

"Cikgu nak anak-anak happy untuk nak mulakan pelajaran. Tak macam aku dulu, tengok cikgu pun rasa nak lari kelas" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraiih 2.2M views, 204.8K likes dan 6.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat cikgu dan anak-anak muridnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan main seronok lagi budak-budak tu dapat cikgu sporting ya, tak apa yang penting semangat nak belajar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: