Wanita Ini Kongsi Kisah Diceraikan Suami Kerana Tiada Sebelah Payudara
Sampainya hati suami dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita dijatuhkan talak selepas menjalani pembedahan membuang sebelah payudara
Menurut sumber, selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap empat, dia mengambil keputusan untuk menjalani rawatan berkaitan penyakit dihidapinya itu.
Dia mengikut saranan doktor supaya sebelah daripada payudaranya dibuang bagi mengelak sel kanser merebak.
Namun, siapa sangka dia diceraikan pula oleh suaminya selepas proses pembedahan itu dijalankan.
"Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting.
"Sebelum lafaz cerai, dia pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja.
"Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pelbagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi," katanya.
Suami tak bagi semangat, tapi lagi tambah tekanan
Menurut wanita itu lagi, dia akur dengan kehendak suaminya untuk menceraikannya dan dia tidak boleh menerima cadangan suaminya ketika itu yang memintanya berubat secara tradisional.
Lebih mengecewakan lagi, dia tidak menyangka ketika dia bertarung nyawa melawan kanser, suaminya tidak memberi semangat, malah menambah tekanan kepada dirinya.
Wanita berkenaan kini hidup dengan lebih tenang dan tinggal bersama anak keduanya selepas diceraikan.
"Kini saya anggap sudah terlepas dari 'neraka dunia' kerana tersalah dalam berkongsi hidup dengan manusia yang tidak pandai menghargai," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!