"Lelaki Pun Datang Bulan Tau" - Doktor Ini Kongsi Punca Terjadinya Irritable Male Syndrome
Lelaki pun ada fasa period rupanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti mana yang kita tahu, masalah hormon tidak stabil disebabkan datang bulan memang terjadi kepada setiap wanita
Namun begitu, baru-baru ini seorang doktor di TikTok mendedahkan sebenarnya orang lelaki juga mempunyai fasa 'datang bulan'. Biar betul?
Video tersebut telah dimuat naik oleh Dr. Samhan pada tahun lalu dan dikongsi semula oleh seorang pengguna di laman aplikasi X bernama @haziqaiman97_ telah mendapat perhatian ramai.
Dipanggil Irritable Male Syndrome sebab hormon tak stabil
Menerusi perkongsian daripada Dr. Samhan, punca terjadinya Irritable Male Syndrome adalah disebabkan stres, lapar dan kurang belaian.
"Mengikut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka setiap bulan, tetapi ketidakstabilan hormon lelaki sukar dijangka.
Beri mereka ruang, masak makanan kegemaran dan beri layanan yang baik. Kurangkan berleter," katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan reaksi yang berbeza
Baru tahu lelaki pun ada period juga selama ini. Kalau datang bulan serentak dengan pasangan tu bahaya juga ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!