Nafi Beri Layanan Double Standard, Ini Sebab Tertuduh Kes Langgar Pelajar 'Diescort' Polis
Dakwaan itu telah dijawab oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak polis menafikan bersikap 'double standard' berhubung layanan terhadap pegawai kanan polis yang dituduh membunuh pelajar berusia 17 tahun Jumaat lalu
Menurut sumber, dakwaan berkenaan telah dijawab oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.
Menurut beliau, kawalan ketat terhadap tertuduh adalah prosedur biasa apabila membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.
Kawalan ketat terhadap tertuduh di mahkamah juga bertujuan demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam di kawasan mahkamah susulan kes terbabit menarik perhatian umum secara meluas.
Tak anggap kes ini sebagai kes berprofil tinggi, tetap seperti pesalah yang lain
"Malah, kita (polis) tak anggap pun kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) sebagaimana pesalah biasa. Cuma ianya menarik perhatian, justeru bila menarik perhatian sebegini kita perlu ada kawalan yang ketat.
"Jadi tidak ada isu 'double standard'. Sepertimana kita tahu ia seperti pesalah yang lain. Maksudnya 'escort' (iringan) dari balai kemudian dibawa ke mahkamah dan dihadapkan kepada hakim. Jadi itu proses biasa," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!