Bukan Kes Pertama, Pegawai Kanan Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil?
Semoga pihak mahkamah jatuhkan hukuman yang setimpal kepada dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes melibatkan pegawai kanan polis yang melanggar seorang pelajar berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie Jumaat lalu telah membuatkan satu Malaysia berang
Ekoran kejadian tragis itu, baru-baru ini ada netizen membuat pendedahan rupa-rupanya pegawai polis berkenaan pernah terlibat dalam satu kes lain sebelum ini dan didakwa telah mencederakan seorang wanita hamil di kedai pakaian.
Menerusi posting oleh @mynewshub di laman X, laporan tersebut mendedahkan pegawai polis berkenaan telah menumbuk perut dan menolak badan mangsa ke mesin jahit berkali-kali.
Bukan itu saja, suspek juga dikatakan telah memukul adik dan bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Walau bagaimanapun, kes itu senyap begitu saja kerana dikatakan telah ditutup oleh pihak-pihak tertentu.
Menurut sumber, setakat ini tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebutan kes semula pada 7 Februari 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!