3 Tahun Makan Lauk Sama, Pemuda Ini Kongsi Menu Tengah Hari Di Sekolah Henry Gurney
Betul-betul basic ya makanan dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi sesiapa yang pernah tinggal di sekolah berasrama, sudah tentu anda tahu bagaimana menu harian di dewan makan yang diberikan betul tak?
Ada hari menunya menarik, tetapi kadangkala ada juga menu yang kurang sedap dan tidak kena dengan tekak.
Seperti baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi lauk tengah harinya di Sekolah Henry Gurney telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh @izzaddaniel_, kelihatan pemuda itu memegang sebekas makanan berisi nasi, ikan goreng, ulam dan sup sayur di dalamnya.
Menurutnya, sudah hampir tiga tahun dia dan rakan-rakannya diberikan makanan itu. "Ni makanan rutin harian setiap tengah hari di Sekolah Henry Gurney. Hampir 3 tahun kami makan benda ni, kadang ulam tu tertukar dengan rumput," katanya.
Susulan tularnya perkongsian itu yang kini telah mencecah 2.5M views, 125.5K likes dan 404 shares di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing
Sebenarnya seronok je makan lauk asrama ni dengan kawan-kawan. Kenangan itulah yang kita akan rindu nanti :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!