seismik

"Sebab Boleh Dik" - Ramai Terhibur Dengar Alih Suara Bahasa Melayu Animasi Leo Di Netflix

Betul-betul ikut trend ya alih suara dia.

Cover image via @mamaalya_alya (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat kartun animasi sudah tentu tahu bahawa setiap siri akan ada bahagian alih suara ke bahasa Melayu bukan?

Tujuan alih suara ini adalah untuk memudahkan sesiapa yang kurang faham kartun yang bersiri Bahasa Inggeris.

Namun begitu, tular pula sebuah babak dalam siri animasi di Netflix bertajuk Leo baru-baru ini mengundang tawa ramai gara-gara alih suara bahasa Melayunya yang lucu.

Menerusi perkongsian video daripada @mamaalya_alya, kelihatan sesumpah bernama Leo telah menjelaskan sebab ia bercakap dengan salah seorang pelajar yang menjaganya itu dan ia menggunakan ayat menarik seperti "sebab boleh dik".

Kebetulan, ayat tersebut memang sedang trending di mana-mana media sosial sekarang terutamanya TikTok.

Disebabkan itulah netizen terbahak apabila kartun animasi seperti itu boleh mengeluarkan ayat mengikut trend semasa.

"Mula-mula tengok in English tak feeling sangat. Bila tukar Malay rasa lawak sangat & best!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 149.4K tanda suka serta 2K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat animasi alih suara bahasa Melayu itu. Malah, mereka lebih enjoy bila tengok dalam bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

Mesti orang yang buat alih suara ni budak-budak Gen Z kan? :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: