Ayah Rakam Perangai Anak Nombor 2 Buat Ramai Boleh Relate, Paling Tak Expect Last Sekali
Random betul eh dik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam adik-beradik, anak kedua sering menjadi bualan hangat jika berkumpul bersama ahli keluarga yang lain
Iyalah, ramai berpendapat bahawa perangai anak kedua ini lain sedikit jika dibandingkan dengan yang lain. Mereka lah yang paling degil dan suka menduga kesabaran si ibu dan ayah. Betul atau tidak?
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki merakam gelagat anak keduanya di taman permainan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ashraf.ayah.kepad, kelihatan dia sedang menemani anak-anaknya bermain basikal di taman.
Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila anak keduanya seperti berada di dalam dunia sendiri dan tidak bermain basikal bersama-sama abangnya.
Dia dilihat menendang basikalnya seperti sedang bergaduh. Lebih melucukan lagi, dia secara tiba-tiba berlari ke arah kamera dan menyepak ayahnya.
"Anak nombor dua memang macam ni ke guys?" tanya ayahnya.
"Saya anak nombor 2. Nama saya Sarah jugak. Dengan ini saya mengaku kami memang macam ni, haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.5M views, 43.4K likes dan 6.5K shares di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu. Malah, ramai anak kedua hadir untuk 'back up' di ruangan komen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!