seismik

"G*y Mungkin Guna Bedak" - Podcast 3 Lelaki Ini Kena Hentam Lepas Kondem Isu Maskuliniti

Korang rasa salah ke kalau lelaki pakai bedak?

Cover image via @thesalesmentalk (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila bercakap tentang lelaki dan maskuliniti, mungkin ada sesetengah orang akan terasa dengan isu ini kerana perwatakan dan gaya mereka yang berbeza-beza

Sebagai contoh, isu lelaki zaman sekarang yang suka bersiap dengan memakai bedak atas tujuan ingin menjaga muka atau tampil lebih yakin di khalayak ramai.

Tular baru-baru ini sebuah podcast tiga orang lelaki mengupas isu maskuliniti yang katanya sudah semakin terhakis telah mendapat kecaman ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @thesalesmentalk, kelihatan dua orang hos podcast itu sedang menemu bual seorang lelaki berkenaan pendapatnya tentang maskuliniti yang semakin terhakis zaman sekarang.

Namun begitu, pendapat dan perbincangan mereka tidak mendapat persetujuan netizen. Malah, mereka dihentam kerana tidak pandai membezakan isu maskuliniti dan kebersihan muka.

"Kalau tengok kan, nowadays budak lelaki pakai bedak weh keluar. Zaman dulu, bila kau ada jerawat kau macam proud tau. Even parut bang. Zaman dulu, datang muka berjerawat batu lagi bagus. Sebab dia akan meninggalkan lopak-lopak menjadikan maskulin," katanya.

"Tahap maskuliniti bukan diukur dari paras rupa je. Tu bukan maskulin bang, tu tak pandai jaga muka hahaha" - Netizen

Susulan tularnya podcast tersebut yang kini sudah meraih 384.2K views, 39.6K tanda suka serta 391 perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut menghentam spekulasi mereka bertiga tentang topik maskuliniti.

Lihat video penuh di bawah:

@thesalesmentalk

Maskuliniti semakin terhakis? #fyp #thesalesmentalk | The Salesmen Talk Episod 8 with @sHaH ReMpiT

Smoked out Phonk - TREVASPURA

Hmm. Apa pendapat korang tentang isu lelaki dan maskulin ni?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: