"Macam Dia Sorang Ada Keyboard" - Video POV Gelagat Officemate Ini Buat Ramai Boleh Relate
Officemate korang ada yang macam ini tak?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila bekerja di sesebuah syarikat, pasti kita akan melihat macam-macam perangai dan ragam orang di dalam pejabat betul tak?
Ada yang mempunyai karakter sombong, bossy, pendiam, 'acah-acah', kelakar dan sebagainya. Tidak dinafikan, ragam orang di sekeliling ini sebenarnya banyak memberi pengalaman dan pengajaran dalam hidup kita.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan POV gelagat officemate yang suka menekan keyboard komputer dengan kuat telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @husmatfurniture, kelihatan wanita itu sedang khusyuk melakukan kerja sambil menekan keyboard komputernya dengan kuat.
Apa yang membuatkan ramai dapat relate dengan video itu adalah apabila ia menimbulkan rasa kurang selesa dan mengganggu rakan pejabat lain gara-gara bunyi keyboard tersebut.
"POV: officemate yang tekan keyboard kuah nak mampuih. Macam dia sorang ada keyboard," katanya.
"Kami tekan kuat sebab kadang-kadang kami tertekan, haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu, ternyata ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka menghadap officemate yang suka menekan keyboard dengan kuat. Ada juga yang mengaku diri mereka sendiri berbuat demikian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!