"Muka Dah Cantik Tapi Bau Anak Tudung Pula" - Statement Pemuda Ini Buat Ramai Boleh Relate
Geli hati admin baca komen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebersihan diri perlulah dijaga oleh sesiapa saja, tidak kira lelaki atau perempuan
Masalah badan berbau sudah sering kita lihat, malah ada kawan atau ahli keluarga terdekat yang mengalami masalah ini. Nak tegur, serba salah pula kan? Takut mereka terasa hati.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang pemuda mendedahkan dia terjumpa gadis cantik tetapi tidak jadi untuk mengoratnya telah mencuri tumpuan ramai.
Expose tak jadi mengorat sebab bau foundation dan anak tudung terlalu kuat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @huzaidi.bakar, kelihatan pemuda itu sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya sambil terfikir tentang sesuatu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menulis di dalam videonya "Awek tadi cantik tapi bau foundation dengan anak tudung dia kuat sangat pulak. Jumpa time selsema jelah".
Rupa-rupanya, dia terjumpa dengan seorang gadis yang pada awal diminatinya tetapi tidak jadi untuk berkenalan disebabkan bau anak tudung yang kepam.
"Bau anak tudung is real ya. Dulu waktu kerja ada sorang tu bau anak tudung dia haha aku syak dia basuh seminggu sekali je" - Netizen
Ikutan tularnya video itu, kini ia telah meraih 1.1M views, 3.6K comments dan 76K likes di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dan dapat relate dengan situasi yang dialami oleh pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: