seismik

"She Is Bunga Sinclair" - Warganet Terharu Baca Mesej Ibu Mentua BCL, Hubungan Masih Rapat

Walaupun ramai yang tak suka BCL kahwin baru, keluarga mentua dia tetap terima dengan lapang dada.

Cover image via @tyha_fatyhah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 2 Disember lalu, penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) yang merupakan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair selamat dinikahkan dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana

Meskipun berita perkahwinannya itu menerima kecaman daripada segelintir orang, namun BCL tidak mengambil hati dan meminta para peminat untuk mendoakan kebahagiannya bersama suami baru.

Tidak kurang juga, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana penerimaan keluarga arwah Ashraf mengenai perkahwinan barunya ini.

Beberapa hari lalu, tular sebuah tangkap layar seorang individu bersama ibu arwah Ashraf di laman TikTok telah menyentuh hati ramai.

Menerusi tangkap layar berkenaan, kelihatan individu yang menggelar ibu arwah Ashraf sebagai Umi itu berkongsi luahan hati sebaik saja majlis pernikahan BCL selesai.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah ibu mentua BCL sedikit pun tidak marah atau menghalang keputusannya untuk berkahwin lain.

Malah, dia sudah menganggap BCL dan Tiko seperti anaknya sendiri. Menurutnya, dia menumpang gembira buat BCL yang sudah hampir empat tahun menyendiri dan kini tiba masa untuknya membuka lembaran hidup baru.

"I love how Islamic she is and yet urban and not judgemental. Faham tak macam jiwa dia bersih sangat. Mentua yang baik memang wujud" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa terharu melihat keakraban dan kasih sayang antara BCL dan keluarga mentuanya itu.

Walaupun BCL dah ada keluarga mentua baru, dia masih rapat dan sayang keluarga arwah Ashraf sama macam dulu. Salute! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: