Kes Bunuh Irene Sofiya: Reman Remaja Lelaki 16 Tahun Ditambah 6 Hari Lagi Mulai Esok

Bapa Irene akan terus berjuang agar anaknya mendapat keadilan.

Cover ImageCover image via Berita Harian & AWANI

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Majistret hari ini telah membenarkan tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat untuk di sambung enam hari lagi

Pelajar lelaki tersebut merupakan suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan reman disambung bermula esok hingga Khamis selepas permohonan reman pertama berakhir hari ini.

Reman ini membolehkan polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk merakam keterangan suspek dan melengkapkan kerta siasatan sebelum ia dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Johor untuk tindakan seterusnya.

Suspek telah tiba di mahkamah pada jam 8:30 pagi dikawal oleh anggota Bahagian Siasatan (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu

Terdahulu kejadian telah berlaku pada kira-kira 5:30 petang, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan di dewan sekolah berkenaan.

Anak tunggal berkenaan didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir dan rakanya telah menemukan motosikal mangsa di dalam kawasan sekolah.

Rakannya kemudia ke rumah datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat, kira-kira dua kilometer dari sekolah untuk bertanyakan mengenai Irene Sofiya sama ada sudah pulang dari sekolah atau tidak.

Neneknya menyedari cucunya belum pulang Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan mangsa ke sekolah untuk mencari sebelum menemukan gadis berkenaan dalam keadaaran parah di dalam dewan sekolah.

Terdapat kesan darah kering pada badan mangsa, lebam yang dipercayai akibat dipukul dan pasu pecah yang turut ditemukan berhampiran mangsa.

Punca kematian Irene Sofiya difahamkan kecederaan akibat trauma akibat objek tumpul pada bahagian kepala.

"Saya akan terus berjuang agar anak saya mendapat keadilan. Saya perlukan sokongan semua pihak demi anak saya.

"Kami harap pelakunya mendapat hukuman sewajarnya. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," ujar bapa Irene Sofiya

SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: