seismik

Baru Kematian Bapa, Ibu Saudara Belanja Anak Buah Tiket Ke Korea Undang Sebak Warganet

Syukur dapat keluarga yang sangat penyayang.

Cover image via @hayati.ahmd (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja di dunia ini yang tidak sedih apabila kematian keluarga terutamanya ibu dan bapa

Tambahan pula, jika masih kecil dan belum cukup matang untuk menerima khabar duka itu. Namun, pengalaman juga mendewasakan kita. Ramai anak yatim di luar sana dari kecil sudah pandai berdikari kerana sudah terbiasa hidup sendiri.

Berbeza pula dengan sebuah video tular baru-baru ini apabila seorang budak lelaki yang baru saja kematian bapa mendapat kejutan daripada mak ciknya sehingga membuatkan dia mengalirkan air mata.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, kelihatan budak lelaki yang bernama Amsyar menerima sehelai jaket tebal daripada mak ciknya.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah rupa-rupanya, jaket itu adalah hadiah daripada mak ciknya yang ingin membawa dia ke Korea bersama keluarga yang lain.

"Abang meninggal 29/11/23, kami nak ke Korea 7/12/2023. Tak sanggup nak tinggal anak sedara sorang-sorang dengan mak & ayah sebab bertahun-tahun duduk dengan kami lepas abang jadi single father. Mesti dia sunyi bila kami semua tak ada seminggu," katanya.

Sebaik saja mendengar kejutan itu, Amsyar terus menangis di dalam pelukan mak ciknya. Dia dilihat masih bersedih atas kehilangan ayahnya baru-baru ini dan kejutan itu adalah usaha mereka untuk menggembirakannya. 

"Paling sedih bila anak mak ngah tu bangun peluk Amsyar sekali. Bagusnya, tak ada sikit pun rasa cemburu dan dengki" - Warganet

Ikutan tularnya video itu, kini ia telah mencecah 2.9M views, 229.9K likes dan 3.7K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap Amsyar. Malah, ramai berterima kasih kepada mak ciknya kerana tidak meninggalkannya keseorangan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Respect dengan mak cik dia sebab anggap Amsyar macam anak sendiri. Semoga mereka sekeluarga sentiasa dipermudah urusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: