Caprice Bongkar Ramai Melayu Rupanya Kaki 'Swing', Netizen Dedah Artis Bertudung Pun Ada!
Tak sangka budaya ini ada dalam Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, tular mengenai budaya para suami melacurkan isteri secara terang-terangan di media sosial ataupun dipanggil sebagai swing
Budaya ini memerlukan persetujuan antara suami dan isteri untuk bertukar pasangan dengan orang lain demi melampiaskan nafsu seks mereka.
Pasti ramai yang tidak menyangka rupa-rupanya wujud budaya barat ini di negara kita sendiri bukan?
Terbaru, penyanyi rap Caprice turut membongkar sisi gelap budaya swing ini yang terjadi dalam kalangan orang Melayu. Lebih mengejutkan, rupa-rupanya ramai juga artis dan golongan elit yang terlibat dalam aktiviti terkutuk ini.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Caprice, dia berkongsi sebuah akaun bernama @swingermelayu_ di laman aplikasi X yang mempunyai lebih 10,000 pengikut membuat servis seks dengan 'menjual' isteri mengandung.
Selepas Caprice mengupas isu tersebut, dia menerima banyak DM di Instagram daripada individu yang turut menceritakan pengalaman mereka mengenai budaya swing ini.
Apa yang membuatkannya terkejut adalah dia tidak menyangka terlalu banyak kes melacurkan pasangan ini terjadi di dalam Malaysia. Malah, golongan ini siap ada komuniti mereka sendiri untuk bertukar-tukar pasangan dengan rela hati.
Nak tahu apa yang lebih sensasi? Artis pun ramai yang kaki 'swing'. Ekoran isu ini semakin serius, Caprice meminta orang ramai untuk menantikan podcastnya untuk mengupas dengan lebih lanjut dan berharap pihak tertentu dapat mengambil tindakan.
Nauzubillah min zalik. Takutnya dengar macam-macam cerita. Semoga kita semua dijauhkan daripada budaya terkutuk ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!