"Seronok Kena Rogol?" - Wanita Ini Diperkosa Teman Lelaki Selepas Ego Kelakiannya Dicabar
Kenapa tak buat report polis?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam hubungan percintaan, setiap pasangan kekasih perlu menghormati maruah antara satu sama lain terutamanya buat golongan wanita
Hanya lelaki yang bertanggungjawab saja akan menjaga maruah teman wanitanya dengan sebaik mungkin kerana berhasrat untuk menjadikan seseorang itu sebagai isteri.
Namun, lain yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia diperkosa oleh teman lelakinya sendiri gara-gara terlepas cakap sesuatu yang membuatkan lelaki itu naik angin.
Dah jerit minta maaf tapi buat tak peduli
Menerusi tangkap layar luahan hati gadis itu yang dikongsi oleh @meinmokhtar, kelihatan dia menceritakan pengalaman dirinya diperkosa oleh teman lelaki selepas sebuah insiden pergaduhan.
Menurut gadis tersebut, dia tercakap sesuatu yang telah mencabar ego teman lelakinya itu sehingga dia bertindak untuk merogolnya.
Malah, teman lelakinya itu siap bertanya sebuah soalan yang sangat tidak berhati perut lalu meninggalkannya begitu saja.
Sementara itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas membaca luahan gadis tersebut
Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih 533K views, 1.2K reposts dan 3.1K likes di laman aplikasi X.
Tinjauan di ruangan replies mendapati ada netizen mempertikaikan tindakan gadis itu yang tidak membuat laporan polis.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!