seismik

Suami Curang Dengan Ramai Perempuan Sepanjang 3 Tahun Kahwin, Wanita Ini Doa Cepat Mati

Kejamnya suami dia.

Cover image via @meinmokhtar (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, isu curang dalam rumah tangga sudah sering kita lihat dan ia sudah menjadi seperti kebiasaan bagi sesetengah orang

Tidak kiralah suami atau isteri, kes curang boleh berlaku kepada mana-mana pihak jika tidak pandai menjaga batas dan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Seperti ciapan yang tular di laman X baru-baru ini apabila seorang wanita mengadu tentang suaminya yang sudah curang banyak kali sepanjang tiga tahun tempoh perkahwinan mereka telah mendapat perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @meinmokhtar, kelihatan wanita yang tidak dikenali itu meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat tahu si suami mengaku curang sepanjang tiga tahun mereka berkahwin.

"Bukan dengan sorang perempuan je, ramai perempuan. Ada yang aku kenal, ada aku tak kenal. Ada yang bujang, ada bini orang. Dia curang suka-suka sebab layankan nafsu dia," katanya.

Malah, wanita itu sudah tidak sanggup menghadap ujian hidupnya sehingga berdoa supaya dia dan anaknya mati depan mata si suami.

Sementara itu, tinjauan di ruangan replies mendapati rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan mencadangkan dia menuntut cerai

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah mendapat 230.5K views, 2.2K likes dan 858 reposts di laman X.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di laman X:

Lihat ciapan penuh di bawah:

Kalau belum sedia nak jadi suami dan ayah, jangan kahwin. Admin pula yang bengang baca kisah dia. Banyakkan bersabar ya sis! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: