seismik

Trend Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging, Sebenarnya Ada Kesan Bahaya Untuk Kesihatan

Baca sampai habis!

Cover image via @anggiiewijayanti (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan tindakan seorang wanita memasukkan ubat paracetamol ke dalam masakan

Kononnya, ia didakwa sebagai petua untuk menjadikan daging mudah lembut. Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat memasukkan sebiji tablet paracetamol ke dalam masakan dagingnya.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang perhatian beberapa pengamal perubatan yang memberi amaran agar orang ramai tidak meniru aksinya.

Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh badan

Menurut sumber, seorang pengamal perubatan yang juga pengguna TikTok, Ayman Alatas berkata tindakan itu berbahaya kerana paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.

"Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun.

"Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh. Justeru, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun," katanya.

Ayman turut menyarankan agar orang ramai menggunakan alternatif lain iaitu bahan semula jadi untuk melembutkan daging seperti nanas.

Image via Kompas.com

Lihat video itu di bawah:

@anggiiewijayanti

Membalas @Zie gak nyangka yng kemarin fyp smpe 1.2jt penonton ngakak bacain komentnya kali ini masaknya pke bodrex#masakrendang #fakesituation #fyp #bodrex #cepatlunak

suara asli - pay. - pay.

Sebelum cuba apa-apa petua atau tips masakan pastikan double check dulu okay guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: