[VIDEO] Rakaman Live Sebuah Pulau Terbentuk Lepas Letusan Gunung Berapi, Macam Ni Rupanya!
Baru tahu macam mana pulau terbentuk.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selama ini, ramai yang mungkin tidak tahu bagaimana sebuah pulau boleh terbentuk bukan?
Pasti ada yang tidak pernah terfikir kejadian sebuah pulau sebenarnya berpunca daripada letusan gunung berapi. Ya, ini adalah fakta!
Buktinya, baru-baru ini tular sebuah rakaman live sebuah pulau terbentuk selepas terjadinya letusan gunung berapi di Jepun.
Difahamkan, letusan gunung berapi itu berlaku di selatan Tokyo, Jepun
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @unexplnd, kelihatan letusan gunung berapi bawah laut itu telah menyebabkan pembentukan sebuah pulau baru di luar pantai Iwo Jima, kira-kira 1,200 kilometer ke selatan Tokyo.
Menurut seorang penyelidik Jepun di Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo, pulau baru ini kebanyakannya terdiri daripada jisim batu yang terbentuk di utara tapak letusan. Ia boleh menjadi lebih besar jika aktiviti gunung berapi berterusan.
Seorang pengguna di ruangan komen turut merkongsi bagaimana pulau boleh terbentuk. "Tanaman yang pertama tumbuh adalah lumut. Lumut mengubah batu magma menjadi tanah. Lalu, burung tidak sengaja membawa benih atau biji ke sana. Sedangkan kelapa yang terdampar datang dari tepi air. Kemudian ombak kuat terus mengikis bebatuan dan membawa pasir dan cangkang kerang. Lama-kelamaan menjadi ekosistem," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!