"Get In The Barn!" - Angsa Zaman Sekarang Demand, Faham Arahan Bahasa Inggeris Je
Bukan main lagi ya angsa import ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Angsa merupakan haiwan ternakan yang sering dikatakan ganas dan digeruni oleh sesetengah orang
Sifat haiwan ini yang berupaya berenang dan terbang dengan laju kadangkala membuatkan ramai cuak apabila ia mula mengejar kita.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan sekumpulan angsa disuruh masuk ke dalam reban oleh tuannya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila tuan angsa itu memberikan arahan dalam bahasa Inggeris dan mereka memahami apa yang disebutnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @haniffharussani, kelihatan si perakam yang merupakan tuan angsa-angsa itu menyuruh mereka untuk masuk ke reban kerana sudah lama berkeliaran di kawasan rumahnya.
Apa yang melucukan adalah apabila lelaki tersebut menjerit "get in the barn!" dan menyeru angsa-angsanya yang diberi nama Mat Salleh seperti Jeremy dan Shawn.
Lebih menghiburkan lagi, kesemua angsa itu seperti memahami apa yang disuruh dan berlari masuk ke reban yang terletak di belakang rumah tuan mereka.
"That's not a barnnn, more like jambarnnn. Susah sekarang, angsa pun dah level PHD hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 894K views, 71.1K likes dan 1.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat haiwan itu yang faham bahasa Inggeris.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!