seismik

[VIDEO] Adik Tersipu Malu Bila 3 Orang Abangnya Ini Serentak Jemput Balik Dari Sekolah

Siapa nak kahwin dengan adik dia nanti get ready!

Cover image via @adrieshahiskandar_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, ibu atau ayah yang akan mengambil kita balik dari sekolah apabila sesi persekolahan sudah tamat

Ada juga yang menaiki bas sekolah bersama kawan-kawan untuk pulang ke rumah masing-masing. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan tiga orang lelaki datang ke sekolah untuk mengambil adik perempuan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adrieshahiskandar_, kelihatan tiga orang lelaki yang merupakan abang kepada budak perempuan itu sudah menunggu adik mereka di luar pagar sekolah.

Apa yang mencuri tumpuan adalah sebaik saja adik mereka keluar, salah seorang daripada lelaki itu memimpin tangan si adik dan mereka berempat dilihat melintas jalan bersama-sama.

Si adik pula kelihatan tersipu malu kerana tidak menyangka ketiga-tiga abangnya akan menjemput dia pulang dari sekolah.

"Bila satu-satunya jadi anak perempuan macam inilah. Bodyguard saya ada 8 org termasuk suami" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang telah mencecah 5.9M tontonan, 414.5K tanda suka serta 2.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Ni kalau ada orang cari pasal habislah kena dengan abang-abang dia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: