Confident Tegur Lelaki Salah Sebut Tealive, Sekali Founder Sendiri Reveal Sebutan Sebenar
Takkan founder pun salah sebut kan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tealive merupakan salah satu jenama minuman kegemaran ramai di Malaysia
Bukan saja mempunyai pelbagai perisa air yang sedap, malah harganya juga jauh lebih murah berbanding jenama lain.
Namun, ramai yang keliru dengan cara sebutan Tealive yang sebenar. Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan 'influencer' konfiden membetulkan sebutan Tealive seorang lelaki yang live dengannya.
Menerusi video yang dikongsi oleh @ayaabdul9402, kelihatan wanita bernama Zirah Jamal itu sedang membuat live bersama seorang lelaki.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia dengan konfiden membetulkan cara sebutan Tealive lelaki itu yang dikatakan salah.
Namun, seorang lelaki membuat stitch kepada video tersebut dan bertanya sendiri kepada founder Tealive bagaimana cara menyebut jenama itu.
Sekali, rupa-rupanya sebutan influencer itu yang salah. Perkara itu membuatkan netizen membahan Zirah Jamal yang konfiden menyalahkan orang lain.
"Hahaha terpaling mat saleh. Kak, Bryan Loo tu boss kami tau. Takkan boss pun salah pronounce" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.9M views, 69.6K likes dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Berikut adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!