seismik

Gelagat Sekumpulan Orang Pekak Bertukar Casing Telefon 'Buruk' Ini Menghiburkan, Comel Je!

Seronok pula tengok masing-masing punya reaction.

Cover image via @be.alyaaa (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk menghiburkan diri sendiri

Ada yang memilih untuk berhibur bersama kawan-kawan dengan cara bercuti, karaoke atau window shopping.

Namun, lain pula dengan sekumpulan orang kelainan upaya (OKU) ini apabila mereka berkumpul dan memberikan casing telefon 'buruk' kepada kawan-kawan telah mencuri perhatian ramai.

Setiap orang kena belikan casing telefon 'buruk' dekat member

Menerusi video yang dimuat naik oleh @be.alyaaa, kelihatan gadis itu dan kawan-kawannya berkumpul di sebuah kawasan dan bermain permainan bertukar casing telefon.

Apa yang mencuit hati adalah apabila syarat permainan tersebut memerlukan setiap orang membeli casing telefon yang buruk dan unik.

Lebih menghiburkan, mereka dilihat ketawa apabila mendapat casing telefon masing-masing dan diminta memakainya sepanjang hari untuk dibawa kemana saja mereka pergi.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 652.7K views, 83.4K likes dan 814 shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati netizen turut terhibur melihat gelagat mereka bermain permainan tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: