seismik

Menangis Netizen Bila Tengok Anak Palestin Ini Seronok Dapat Minum Susu Lembu. MashaAllah!

Sebaknya tengok, kita dekat sini hari-hari dapat minum air sedap.

Cover image via @madame.gebugebas (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh dunia sedia maklum, keadaan rakyat di Palestin kini semakin genting akibat tiada bekalan air, makanan, perubatan dan keperluan harian yang cukup

Tindakan kejam rejim Zionis Israel membuatkan rakyat di sana kebuluran kerana kesemua bekalan mereka diputuskan.

Kita yang berada di negara aman damai sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai makanan dan minuman yang cukup. Sedangkan, anak-anak di Palestin hanya mengharapkan air paip untuk diminum supaya dapat meneruskan kehidupan mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan seorang bayi Palestin minum susu di badan lembu telah mengundang sebak ramai.

Terlalu dahaga sampai terpaksa minum susu di badan lembu

Menerusi video yang dikongsi oleh @madame.gebugebas, kelihatan bayi itu sedang menikmati susu di badan seekor lembu.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah apabila lembu itu seolah-olah memahami keadaan bayi itu yang kelaparan dan dahaga. Ia hanya duduk diam dan membiarkan saja bayi itu menghisap susunya.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah bayi itu apabila dapat minum susu. Malah, ia membuatkan ramai sebak kerana terfikir mungkin dia rindu akan susu ibunya. 

"Ya Allah banyakkanlah susu lembu tu. Biar ramai lagi anak-anak Palestin boleh minum" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.3M tontonan, 214.7K tanda suka serta 7.5K komen di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan anak-anak di Palestin yang kelaparan dan kekurangan bekalan makanan serta minuman.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@madame.gebugebas

Masyaallah nak…semoga perut mu terisi dan kenyang dengan minuman itu. #israelcuak #israelkejam #israelbangsat

Atouna El Toufoule - Embun Senja

Admin tak boleh tengok anak-anak di Palestin, rasa nak menangis :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: